Pada ucapan penangguhan beliau, Hj. Ali Hassan mengingatkan kepada seluruh jentera PAS kawasan agar bersedia untuk memasuki fasa pilihanraya yang dijangkakan akan diadakan sekitar bulan Jun-September ini. Selain dari itu beliau, mengharapkan agar para pendakwah dari PAS sentiasa meningkatkan usaha menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid dan surau seluruh kawasan Sepangar. Ini adalah penting kerana, kekosongan jiwa dan ilmu di kalangan masyarakat akan menyebabkan mereka jahil terhadap hukum-hukum yang terkandung di dalam Islam.
Al Fadhil Ustaz Anuar Ali ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar kali ke-8
Sebahagian perwakilan pemuda yang mengikuti sesi perbahasan usul
Pada hari yang sama, sebelum bermula muktamar PAS kawasan, telah diadakan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar kali ke-8. Mesyuarat kali ini yang telah dihadiri lebih 30 orang pemuda dari seluruh kawasan Sepangar membuktikan bahawa pemuda kini telah bersedia untuk berhadapan dengan pilihanraya. Pada sesi pemilihan kali ini, saudara Amir Saifuddin Samsuddin telah sekali lagi dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar untuk penggal 2011-2013.
Beliau pada ucapan penagguhan, meminta agar pemuda segera mempersiapkan kekuatan diri dari sudut dalaman (spiritual) dan luaran (tektikal) bagi menjadi juara kepada rakyat yang kini ditindas oleh UMNO/BN. Pemuda harus menjadi benteng kepada rakyat yang tertindas, sebagaimana para sahabat r.a yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w di dalam menyampaikan seruan Islam dan membela mereka yang tertindas, menurut beliau pada akhir ucapannya. Mesyuarat Agung Pemuda kali ke-8 ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Anuar Ali yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.


No comments:
Post a Comment