::: Assalamualaikum w.b.t. :::
::: Welcome :::
::: Ni hao :::

"Tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak sempurna akalnya"

[Ayat Kursi] @ [Al-Baqarah : 255]
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

[An-Nas]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

[Al-Falaq]
"Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

[Al-Ikhlas]
"Katakanlah (wahai Muhammad):(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan;Dan tidak ada apa jua yang serupa denganNya"

[Al-Kafiruun]
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku agamaku”

[Al-Kauthar]
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)"

[Al-Ma'un]
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)"

[Al-Insyirah]
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." "

[Al-Asr]
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dalam kebenaran dan kesabaran."

DI MANAKAH PILIHAN ANDA MAHUKAN PAS SEPANGGAR BERTANDING?


Saturday, June 25, 2011

AJK Masjid Bandaraya, Likas menghalau pemuda bersolat

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang AJK Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu yang menghalau seorang pemuda dari bersolat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju BERSIH. Kejadian yang berlaku di masjid tersebut dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

 Selain dari kata-kata kesat, baju beliau juga direntap oleh AJK Masjid tersebut

Salah seorang ahli kariah masjid memarahi ajk tersebut

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat magrib. Selain dari menghalau pemuda tersebut, AJK masjid yang dikenali sebagai Hj. Paiman tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan ini akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur. Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju BERSIH.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikap beliau yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal dikalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai Himpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

-Pilihanraya Bersih dan Adil-
-Kearah Negara Berkebajikan-
-Selamatkan Malaysia-

34 comments:

  1. ya Allah teruknya...smpai cmni jdnye....nsebbek laa pkcik kai bju itam tuuh npk tegas giler lwn blik

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada ahli kariah yang ada rasa ' islam' nya...

    ReplyDelete
  3. kalau aku, aku sepak je ajk masjid bengap tu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sepak je ajk tu.. bingai.. org nk solat pun marah..

    ReplyDelete
  6. Hormatilah rumah orang. Apatah lagi ini rumah Allah. Sentiasa ingat diri tu kat mana. Malu tengok pak cik tu. :(

    ReplyDelete
  7. apabila umat tidak lagi mengenal antara suruhan tuhan dan juga kehendak peribadi. emosi diutamakan dari akal maka beginilah jadi..yang terang digelapkan dengan api dunia..yang gelap diterangi dengan kemewahan dunia... masjid yang dulunya aman kini berpecah belah hanya kerana isu peribadi dan politik.. sampai bila....

    ReplyDelete
  8. lepas ni try pergi sekali lagi sorang pakai baju bersih sorang lagi pakai baju dacing mcm guni baja tu, tengok aper kata ajk tu,hehehehhehe

    ReplyDelete
  9. mcm bangang,.,org tu nk solat pon tak leh.,,.

    ReplyDelete
  10. AsSalam.. Aku syak Hj. Paiman tu mesti ahli seumur hidup UMNO, ehe..

    Nota: Kalau ada rakaman suara/video mesti gegar masuk Malaysiakini / Harakahdaily ni, oho.. ^^,

    ReplyDelete
  11. BAKAL CALON UMAKNOOOOOOOO KOTTTTTTTT...HEHE

    ReplyDelete
  12. Cuba tanya balik Pak Haji Paiman tu. Masjid tu bapak dia buat ke? Ke dia sorang punya? Eloknya brader yang pakai baju kuning tu buat de' aje dan terus pergi sembahyang. Tengok dia nak kacau tak masa sembahyang.

    Kalau dia kacau, terus bagi penyepak aje!

    ReplyDelete
  13. nampaknya kesan tv3 & utusan duk promote hari2 tu berhasil..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..
    tentang tajuk- kejadian2 yg sudah dijangka dari golongan sebegitu...
    tentang blog- tahniah! blog yg cantik, tersusun, mesra pelawat, kemas & berinfomasi. keep up the good work!
    Amar makruf nahi mungkar! Allahuakhbar!!!

    ReplyDelete
  15. cadangan cik din tailor cantik, kita pakai seorang dacing dan seorang lagi BERSIH, kita tengok hj paiman pandai atau bodoh

    ReplyDelete
  16. peliklaa pakai baju bersih pun takleh masuk =.="

    ReplyDelete
  17. itulah yg terjadi bila dah ada mind-set...xleh nak bezakan antara pandnagan peribadi dan juga tuntutan Islam...

    ReplyDelete
  18. kt malaysia ni pelek la...org pkai baju bersih kne marah..org pkai bju kotor xkne marah la plak....xkn la xkenal mne satu baju bersih ngn ktor....hehehe

    ReplyDelete
  19. Dalam islam pun diarah utk solat pakai pakaian yang BERSIH..... fobia la tu AJK tu...

    ReplyDelete
  20. 'HAJI' ke tu???
    kne g blaja agama byk sket dia ni.

    ReplyDelete
  21. um-no/b-end amat suka orang tak bolih berfikir,lagi bodoh lagi grombolan suka.ahli jk masjid tu tak payah tunjuk pandai la,banyak mengaji lagi,jangan main ikut2 aja...malu nanti,kuasa tak banyak mana pun....nasib kau la labu...

    ReplyDelete
  22. name je pak haji..adoi2..subhanallah

    ReplyDelete
  23. klau ikutkn aku, aku lempang je ajk tu..ni ajk ke jkkk ni..

    ReplyDelete
  24. apasal mamat tu tak tumbuk je orang tua tu...

    ReplyDelete
  25. itu namanya cetek ilmu,bila jadi AJK masjid dah bajet ustaz...

    sesuatu perlu dibetulkan...

    ReplyDelete
  26. ewah.. ewah.. ada plak kameraman waktu insiden ni ye? kenapa tk upload video? real sket. baru kita bleh tau apa cerita. mcm video ketuak umum pkr tu. hehehe. bangang2 ni semua komen ikut cerita ahlul pas yg dh diketahui suka putar belit berita. tak adil la mcm tu. aku pikir mamat tu kena marah sbb dgn bapak dia sendiri, sbb nak pergi rusuhan bersih tp mintak duit bapak dia, ikut sampai ke masjid plak tu. tu yg bapak dia hangin sebadan tu..

    ReplyDelete
  27. klo politik 2politik lah bha...jgn lah mau babit kan agama lah haji....""

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah...bersih...takbirrr!!!!...

    ReplyDelete
  29. Untuk semua penyokong Parti Pembangkang SAHAJA
    jom kita ke :-
    http://rawatanislamtasnim.blogspot.com/
    rahsiaa.....

    ReplyDelete